Mutakhir

PRU13: 19 jalan utama di Kelantan ditutup sempena hari penamaan calon

KOTA BHARU: Sebanyak 19 jalan utama di beberapa daerah akan tutup sempena hari penamaan calon Sabtu ini. Ia akan ditutup mulai jam 7 pagi hingga 11.30 pagi.

“Sebanyak 15 lencongan akan turut disediakan bagi memudahkan pergerakan orang ramai,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Jalan yang ditutup di Tumpat ialah Jalan Masjid, Jalan Besar Tumpat, Jalan Datuk Keramat, Jalan Hulu Pasar dan Jalan Pasar. Pengkalan Chepa: Jalan Maktab.



Kota Bharu: Lorong Bazar Tok Guru, Jalan Sultan Ibrahin, Jalan Bayam.

Pasir Mas dan Rantau Panjang: Jalan Masjid Lama ke Pasir Pekan, Jalan Tengku Ahmad, Jalan Pasir Pekan dan Jalan Datuk Hamid.

Bachok: Jalan Kemudi, Jalan Nakhoda Saamah, Jalan Pasar Bachok.
Pasir Puteh: Jalan Besar

Machang: Jalan Bahagia, Jalan Pasir Puteh ke Tanah Merah.

Jalaluddin berkata, kira-kira 200 anggota digerakkan bagi memantau kawasan pusat penamaan calon. - BERNAMA

CARIAN

BH LIVE

Twitter

Facebook