KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan bina 2, 000 rumah mampu milik di Kota Bharu jika diberi mandat di Kelantan pada PRU-13.

Ia tambahan kepada 1, 000 rumah yang akan dibina di Wakaf Mek Zainab bagi menyediakan perumahan selesa untuk rakyat negeri itu.
Perdana Menteri berkata demikian di Majlis Pelancaran Tuisyen Percuma Yayasan OKB Parlimen Kota Bharu di Maktab Sultan Ismail di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Penaung Yayasan OKB yang juga calon BN bagi Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.