PRU13: DAP P. Pinang tampil 20 muka lama, enam muka baru Lim Guan Eng (duduk lima dari kiri) bergambar bersama calon selepas pengumuman calon PRU-13 DAP Pulau Pinang di sini, hari ini. - Foto Goh Thean Howe
GEORGETOWN: DAP Pulau Pinang menampilkan 20 muka lama dan enam muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tiga muka baru dicalonkan untuk kerusi Parlimen ialah Sim Chee Keong untuk kerusi Bukit Mertajam, Zairil Khir Johari untuk Bukit Bendera dan Kasthuriraani Patto untuk Batu Kawan.
Tiga muka baru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah Soon Lip Chee yang akan bertanding di Jawi, Yap Soo Huey di Pulau Tikus dan Lim Siew Khim di Sungai Pinang.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan calon Parlimen manakala Pengerusi DAP Pulau Pinang mengumumkan calon DUN di sini, sebentar tadi.