PRU13: Sabah masih simpanan tetap BN - Najib DATUK Seri Najib Razak bersalam dengan orang ramai yang hadir pada Majis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Pekan Tenom, pagi ini. - Foto Zunnur Al Shafiq
TENOM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Sabah masih menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) berikutan sokongan padu diterima daripada rakyat negeri itu.

"Saya datang ke sini (Sabah) kerana dulu saya pernah cakap Sabah adalah 'fixed deposit' BN, kalau kita simpan dalam bank sekali sekala kena tengok juga.
"Semalam saya ke Kuala Penyu, Kimanis dan Bongawan...hari ini ke Tenom, saya boleh beritahu simpanan tetap kita (Sabah) masih kukuh lagi.


"Siapa kata simpanan tetap kita sudah cair? Tidak," katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Pekan Tenom, di sini, sebentar tadi.