Bukit Mertajam: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail tiba di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Berapit sini kira kira jam 8.40 tadi.

Mazlan yang memakai baju Melayu biru diiringi tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Datuk Mohd Nasir Abdullah; Permatang Pasir (Anuar Faisal Yahaya) dan Penanti (Ibrahim Ahmad) bersama kira 1,000 penyokong membawa sepanduk sokongan terhadap BN.