Shah Alam: Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin ini sebagai Hari Pelepasan Am bagi memudahkan semua rakyat di negeri itu mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata cuti itu diberikan bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.
"Pemberian Hari Pelepasan Am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan petang ini.