Mutakhir

PRU13: Terengganu umum 5 Mei ini sebagai cuti umum

BESUT: Kerajaan Terengganu mengumumkan 5 Mei ini sebagai cuti umum sempena hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas baru-baru ini.
"Walaupun 5 Mei jatuh pada Ahad, namun ia adalah hari bekerja diTerengganu, dan pemberian cuti itu bertujuan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi," katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan Jentera Barisan Nasional (BN) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabidi sini hari ini.


Turut hadir, calon Parlimen Setiu, Mohd Zulkifli Jusoh; Calon DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan bekas penyandang DUN Jabi, Ramlan Ali.

Kelantan dan Kedah ini turut mengumumkan hari mengundi pada 5 Mei sebagai cuti peristiwa. - BERNAMA

CARIAN

BH LIVE

Twitter

Facebook