KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Pakatan Pembangkang supaya tidak mencetuskan kekecohan dan menerima sebarang keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Mei ini secara terbuka.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau ada menerima laporan terdapat sebahagian pihak di kalangan pembangkang memberi kursus bagaimana hendak menimbulkan kekecohan.
"Kalau dah rasa nak menang janganlah buat kekecohan. Biarlah orang yang nak pergi mengundi...undi dengan tenang... buat apa nak buat kekecohan?

"Bila Barisan Nasional (BN) sudah menang mereka mesti mengakui bahawa BN sudah menang," katanya ketika berucap pada program santai bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Desa Senu Parlimen Batu, di sini, sebentar tadi.