Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga merah jambu denda RM10,000 akan dikenakan.
"Tindakan ini terpaksa dilakukan bagi membendung peniaga daripada menaikkan harga dengan tujuan mengaut keuntungan pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis Skim Kawalan Harga dan Jualan Mesra musim perayaan hari raya Aidilfitri 2012 di Dataran Kerayong, Bera di sini, hari ini. - BERNAMA
