Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul 359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.
"Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya," katanya.
Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China.
"Sebelum sesi latihan di Chiba, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik.
"Saya sedar, beliau mengalami masalah tidor dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidornya," katanya. - BERNAMA

Senarai Komen