Tuhul Muntako Wasito, 25, dari Kg Padang Balang, Sentul didakwa melakukan pecah amanah wang tunai gaji pekerja Syarikat Anirass Gaya Security Services Sdn Bhd di No 2C, Jalan Pahang Barat, Sentul antara 6 Julai hingga 7 Julai lalu yang berjumlah RM11,449.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM1,000 kerana dia tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Okt depan untuk pengurusan kes. - BERNAMA
