KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Pelabuhan Klang mencapai paras tidak sihat mengikut bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), pagi ini.

Mengikut bacaan yang dikeluarkan sehingga 7 pagi ini, paras IPU di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan 102.
Bandar lain yang mencatatkan IPU tertinggi tetapi pada paras sederhana antaranya Banting (96), Nilai (89), Shah Alam (84) dan Rambai di Melaka (82).


Bacaan IPU diukur berdasarkan status kualiti udara semasa mengikut paras kategori, iaitu 0-50 (sihat); sederhana (51-100); tidak sihat (101-200); amat tidak sihat (201-300) dan jerebu (300 dan ke atas).