Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, dari Tanah Putih, Pekan yang juga anak pegawai kanan Jabatan Pelajaran negeri, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira jam 10 pagi.
Beliau berkata, polis yang dimaklumkan mengenai penemuan pelajar itu segera bergegas ke Gombak dan Zuhairatul Jannah kini dalam perjalanan pulang ke Kuantan bersama anggota polis.
Ketika dihubungi di sini, hari ini, beliau berkata ibu bapa pelajar itu juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu dan buat masa sekarang, polis akan berbincang dengan ibu bapa pelajar terbabit serta cuba mendapatkan khidmat kaunseling.
"Kita belum mengambil keterangan daripada pelajar itu. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tidak berlaku sebarang unsur jenayah," katanya.
Kehilangan Zuhairatul Jannah disedari rakan sebiliknya kira-kira jam 6.30 pagi semalam, selepas dia dikatakan selesai menunaikan solat Subuh di Maahad Tahfiz, dekat Tanjung Lumpur.
- BERNAMA
