gambar sebelum  gambar berikut
Foto

Foto

JENAZAH pelakon dan penyanyi era 80-an, Allahyarhamah Noreen Noor, 54 yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang dibawa pulang ke kampung halamannnya di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau. - Foto Mohd Khairul Helmy

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang, 5.50 pagi ini, demikian menurut laporan Harian Metro.

Jenazah dijangka dikebumikan di kampungnya di Kampung Pulai, Serkam, Melaka.
Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.Antara lagu popular Allahyarham ialah Siang Terbayang Malam Merindu yang amat meniti bibir peminat pada zaman 80-an dan sehingga kini.


Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak pada 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarhamah meninggalkan dua anak.