Demikian menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, lewat petang tadi.
“Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim (Ukin); Timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas,” katanya.
UMNO sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim yang berkuat kuasa pada 30 Julai lalu dan diberikan tempoh dua minggu untuk dijawab, sejajar dengan Perlembagaan parti.
