KUALA LUMPUR: Pembayaran pencen kepada penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada 14 Ogos sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk K Selvarajah, berkata bagi penerima yang menerima bayaran melalui waran, mereka boleh tunaikannya pada tarikh sama.
Sekiranya penerima belum menerima sebarang bayaran pada tarikh itu, mereka dinasihatkan menghubungi Unit Waran, Bahagian Perbendaharaan Ibu Pejabat PERKESO di talian 03-42645242/5244/5260/5261/5262/5272/5237/5515. - BERNAMA