header

Pemeriksaan mamogram percuma bagi wanita berumur 40 tahun ke atas: PM

KUALA LUMPUR: Wanita berusia 40 tahun ke atas kini boleh menikmati pemeriksaan mamogram percuma, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebanyak RM25,000 diperuntuk bagi tujuan berkenaan yang dianggarkan memberi faedah kepada kira-kira 100,000 wanita.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata, insentif berkenaan termasuk di bawah peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 juta bagi memperkasa peranan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia dan pembangunan ekonomi negara. Antara insentif lain, melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, dan mempertingkat program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengagihkan peruntukan berjumlah RM50 juta dalam bentuk geran RM1,000 kepada 50 usahawan kecil terutama wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melalui program Get Malaysian Business Online (GMBO).

"Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk sebanyak RM1.2 bilion meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja orang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga memperuntuk RM400 juta di bawah program 1Azam yang dijangka memberi manfaat kepada 58,330 individu berpendapatan rendah.
Bagi membantu golongan warga emas atau kanak-kanak jalanan dan golongan gelandangan, sebanyak enam buah Anjung Singgah akan diwujudkan sebagai tambahan kepada dua yang sedia ada.

"Kerajaan juga akan menyediakan lima buah Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi menyediakan tempat penginapan sementara dan selesa kepada pesakit miskin atau anggota keluarga yang mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan," katanya. - BERNAMA

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkatakan sesuatu kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir bagi membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Sep 28, 2012 6:26 pm
Pelajar Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) menonton pembentangan Bajet 2013 melalui internet (streaming) secara langsung di Kolej kediaman mereka. - Foto Afif Abd Halim
Sep 28, 2012 6:18 pm
Anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mendengar pembentangan Bajet 2013 di ruang legar Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Sep 28, 2012 6:06 pm
Zulkifli Yaakob (kiri) bersama rakannya, Ismail Musa, 42, mendengar pembentangan Bajet 2013 menerusi siaran radio semasa menjalankan kerja-kerja membajak sawah di Kampung Tok Pulau, Mukim Padang Hang, Alor Setar, hari ini. - Foto BERNAMA
Sep 28, 2012 6:02 pm
Salinan ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula diedarkan kepada media sebentar tadi.
Sep 28, 2012 5:33 pm
Petugas media dibenarkan mengambil ucapan pembentangan Bajet 2013 di Bangunan Parlimen pada jam 5 petang tadi.
Sep 28, 2012 5:24 pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Sep 28, 2012 5:07 pm
Petugas media mendengar dan meneliti ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di lobi Parlimen pada hari Pembentangan Bajet 2013, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
Sep 28, 2012 5:05 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen, hari ini. - Foto Effendy Rashid
Sep 28, 2012 4:56 pm
Pelawat berpeluang mengikuti siaran langsung Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kafe Parlimen.
Sep 28, 2012 4:43 pm

Bajet 2014: Nilai BR1M ditingkatkan, bonus buat penjawat awam
Berita Harian:
Google: