GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang mengumumkan seramai 32 calon menarik diri dan tujuh lagi calon ditolak permohonan mereka untuk bertanding pada pemilihan parti peringkat negeri, bulan depan.

Tujuh yang ditolak ialah calon Ketua Bahagian Nibong Tebal, Datuk Abdul Rashid Abullah, dan tujuh orang dalam bahagian Tasek Gelugor iaitu calon Pengerusi Tetap, Mohd Tahir Yusof, calon Timbalan Ketua Bahagian, Dr Mohd Rozi Yusof, calon Naib Ketua Wanita Bahagian, Salmah Ahmad, calon Ketua Bahagian, Datuk Jasmin Mohamed serta dua calon Ahli Jawatankuasa, Hasmimi Mohamad dan Rahim Che Noor.
Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat yang menyerahkan keputusan saringan awal selepas tempoh bertenang 72 jam selepas pemilihan Sabtu lalu.


Penolakan tujuh calon terbabit adalah disebabkan perbuatan sabotaj pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu