UMNO 2012
menu Muka Depan Terkini Berita Rencana Foto Video

Pemilihan UMNO: Proses penamaan calon UMNO PP berjalan lancar

Permatang Pauh: Proses penamaan calon pemilihan Bahagian UMNO Pulau Pinang yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai, di sini berjalan lancar sejak jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Pemilihannya, Datuk Daud Taha berkata pihaknya yang mempunyai kekuatan lebih 300 ahli jawatankuasa sememangnya sudah bersedia bagi memastikan penyerahan borang pencalonan berjalan.

"Perjalanan pemilihan tiada sebarang masalah kerana kita membuka sebanyak 13 kaunter yang mewakili 13 bahagian di negeri ini denagan satu bahagian akan mempunyai empat meja yang mewakili satu bahagian dan tiga sayap," katanya sebentar tadi. Bagi Bahagian Balik Pulau, penyandangnya, Datuk Seri Dr Hilmi turut sudah menghantar borang pencalonannya sendiri dan Siti Faridah Arshad mempertahankan jawatannya Ketua Wanita.

Bagi sayap Puteri Bahgian Balik Pulau, Mariani Ayob mempertahankan jawatannya.

Bagi Bahagian Bagan, Bekas ketua pemudanya, Dr Shaik Hussein Mydin akan merebut jawatan Ketua Bahagian manaklaa Bukit Mertajam, penyandangnya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga mempertahankan jawatannya.

Bahagian Permatang Pauh, bekas Ketua Pemudanya, Mohd Zaidi Mohd Saidi sudah menghantar borang manakala jawatan Timbalan Ketua bahagian pula, Datuk Mohd Nasir Abdullah mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dan akan dilawan bekas calon BN Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail.
Sementara itu, penyandang Ketua Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar mempertahankan jawatannya apabila secara rasmi serah borang pencalonan pada jam 11 pagi tadi.



Ucapan penggulungan Presiden UMNO - Bahagian 1