Pendaki Jepun muncul manusia tertua tawan puncak Everest PENDAKI berusia 80 tahun dari Jepun, Yuichiro Miura (kanan) bersama anaknya, Gota bergambar di kem South Col sebelum tiba di Kem 5, Gunung Everest, hari ini. Miura muncul manusia tertua berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu tepat jam 9.05 waktu tempatan. - Foto AP
KATMANDU: Pendaki berusia 80 tahun dari Jepun muncul manusia tertua berjaya menawan puncak Gunung Everest, kata pegawai Nepal dan pasukan pendaki dari Jepun, hari ini.

Yuichiro Miura yang pernah menawan puncak terbabit pada ketinggian 8,850 meter ketika berusia 70 dan 75 tahun, berjaya sampai ke puncak pada jam 9.05 waktu tempatan.
Miura dan anak lelakinya, Gota menelefon dari atas puncak gunung itu untuk memaklumkan kejayaan mereka.

Stesen televisyen NHK turut menyiarkan anak perempuan Miura, Emili bercakap menerusi telefon di Tokyo sambil bertepuk tangan apabila abangnya memberitahu mereka sudah capai ke puncak. - AP