header

Penduduk 30 kampung bakal nikmati Wifi percuma

RAIS   bersama calon pilihan raya kecil DUN Galas, Ab Aziz     (kiri) beramah mesra dengan    pelajar cemerlang sekitar Sungai Terah yang menerima komputer 1Malaysia di Gua Musang, semalam.
RAIS bersama calon pilihan raya kecil DUN Galas, Ab Aziz (kiri) beramah mesra dengan pelajar cemerlang sekitar Sungai Terah yang menerima komputer 1Malaysia di Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG: Penduduk di 30 kampung di Kelantan bakal menikmati kemudahan Wifi secara berperingkat bagi membolehkan mereka menggunakan internet tanpa wayar secara percuma.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kemudahan itu disediakan kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit.

“Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan `Kampung Wifi’ di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu perkhidmatan itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, dekat sini, semalam. Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Khalid Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Rais berkata, program seumpama itu tidak ada kaitan dengan kempen pilihan raya kecil DUN Galas kerana kerajaan sudah lama bercadang untuk membinanya dan secara kebetulan sekarang musim pilihan raya kecil.

Katanya, kerajaan komited dengan kemahuan rakyat yang dahagakan kemajuan teknologi terkini itu, termasuk di Kelantan kerana semuanya ingin menikmati kemudahan seumpama itu.

Sementara itu, pada program berasingan, kementerian berkenaan melancarkan Posmen Komuniti pertama di Semenanjung membabitkan masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Hendrop, pedalaman Gua Musang supaya perkhidmatan surat sampai ke perkampungan mereka.
Rais berkata, langkah itu sesuai dengan perkembangan kemajuan sekarang yang memerlukan banyak pembaharuan untuk kaum itu supaya taraf kehidupannya terus meningkat dengan menggunakan pelbagai teknologi terkini.

Beliau menyifatkan langkah Pos Malaysia Berhad melantik Posmen Komuniti sebagai usaha terbaik untuk mereka menggunakan perkhidmatan persuratan yang mana sebelum ini belum pernah berbuat demikian.

“Posmen Komuniti itu yang pertama dilancarkan untuk penempatan Orang Asli kerana sebelum ini Pos Malaysia sudah berbuat demikian di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan vest Pos Malaysia kepada Dua Posmen Komuniti Pos Brooke dan Hendrop, petang semalam.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas daripada Barisan Nasional (BN) yang baru, Ab Aziz Yusoff mengangkat sumpah dihadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas memenangi kerusi DUN Galas di Sidang DUN di Kota Darul Naim Kota Bharu pada 11 November 2010. - Foto Syamsi Suhaimi
Nov 15, 2010 2:52 pm
PEGAWAI Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya, Wan Mustapha Abdul Hamid mengisthiharkan kemenangan kepada Adun baru Galas, Ab Aziz Yusoff di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Gua Musang, semalam. - Foto Fathil Asri
Nov 15, 2010 2:51 pm
DATUK Mustapa Mohamed meninjau di pondok panas penyokong Barisan Nasional, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang, hari ini. Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:51 am
ORANG asli Pos Hendrop mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:45 am
ORANG asli Pos Hendrop membuat semakan nama mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:43 am
PENGUNDI membuat semakan di kaunter SPR, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:31 am
ALIRAN trafik berhampiran Pekan Baru Gua Musang kelihatan sesak sempena berlangsungnya Proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, hari ini. - Foto Yazit Razali
Nov 4, 2010 11:25 am
PENGUNDI awal pagi beratur di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:20 am
PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online
Nov 1, 2010 6:14 pm
KETUA Puteri Bahagian Tumpat, Nik Fatimah Nik Salleh (depan) bersama petugas puteri UMNO Tumpat dan masyarakat orang asli ketika berkempen di Kampung Sangwai, Lojing, Gua Musang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Oct 30, 2010 11:44 pm

Bela golongan muda, Orang Asli: Ku Li

Pautan Berkaitan