Time menyatakan ia menggantung khidmat Zakaria selama sebulan ‘sehingga penilaian selanjutnya dilakukan’ manakala CNN berkata pihaknya juga mengambil tindakan serupa tetapi tidak menyatakan tempoh penggantungan yang dikenakan.
“Wartawan dan media menunjukkan paragraf di majalah Time minggu ini yang mempunyai persamaan ketara dengan paragraf dalam rencana tulisan Jill Lepore yang disiarkan di majalah New Yorker, edisi 23 April. Mereka betul. Saya melakukan kesilapan besar. Ia adalah kecuaian dan kesalahan saya sepenuhnya,” kata Zakaria dalam kenyataan permohonan maafnya. - AFP



