KUALA LUMPUR: Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business.

Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lalu, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta.
Genting juga mencatatkan imbuhan tertinggi sebanyak RM113 juta hingga RM113.05 juta bagi seorang pengarah tetapi tidak menamakan beliau.


Eksekutif tertinggi disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Lim Kok Thay.

Syarikat kedua terbaik ialah IOI Corporation Bhd, yang membayar lembaga pengarahnya RM60.30 juta, naik 7.1 peratus dari 2010.

Syarikat tersenarai awam membayar imbuhan sebanyak RM56.75 juta hingga RM56.80 juta kepada pengarah berpangkat tertinggi.

"Kami mengandaikan penerima adalah Pengarah IOI Corp dan Pengasas, Tan Sri Lee Shin Cheng," kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.
Anak syarikat Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar lebih daripada RM48 juta kepada eksekutif tertinggi, menduduki tempat ketiga.

Kaji selidik itu menyatakan bahawa bayaran mungkin dibuat kepada orang yang sama, mengambil kira kemungkinan pengiraan dua kali.

Syarikat yang menurunkan imbuhan lembaga pengarah mereka tahun lepas termasuk Berjaya Corporation Bhd, yang membayar RM20.67 juta atau 12.5 peratus kurang kepada anggota lembaga.

Imbuhan tertinggi dibayar kepada seorang pengarah dalam syarikat adalah dalam RM10.35 juta hingga RM10.40 juta, juga lebih rendah daripada RM11.70 juta hingga RM11.75 juta yang dibayar sebelum ini.

CIMB Group Holdings Bhd membayar RM16.49 juta atau 10.9 peratus kurang kepada anggota lembaga tahun lepas.

Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak tahun lalu adalah lebih rendah pada RM8.70 juta berbanding dengan RM12 juta pada 2010. - BERNAMA