TAIPING: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dipercayai ditembak rakan sekerjanya dalam sebuah van yang membawa wang tunai petang tadi.
Mangsa, Hasnol Hafiz Saad, 28, ditemui di tempat duduk pemandu dengan beberapa kesan tembakan di tubuhnya manakala rakannya berusia 25 tahun menghilangkan diri.
Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, enam daripada 13 karung berisi wang turut hilang.