Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly memerintahkan Omar Ali, 45, dari Kampung Bunut Payung, menjalani hukuman berkenaan bermula tarikh dia ditangkap.
Kesalahan dilakukan di Lot 691-A Jalan Kuala Krai, Batu 2 1/2, Kampung Bunut Payung, di sini, kira-kira jam 12.15 tengah malam Ahad lalu.
Omar didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Dalam kes berasingan, Fazaly menjatuhkan hukuman denda RM7,500 atau lapan bulan penjara kepada Mohd Anuar Derahman, 44, dari Kampung Pantai Mek Mas, Badang, juga atas kesalahan memiliki pelbagai jenis mercun termasuk jenis Assorted, Thunderclap 1 Voice, mercun bola, 30 Ball Roman Dandle, Red Crazy dan mercun mancis.



