login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

'Perlantikan pimpinan baru MAYC tidak sah'


2010/09/27

  
  • Foto

    AHLI MAYC mengadakan bantahan di Wisma Belia ketika Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 MAYC berlangsung, semalam.

  • Foto

    SYED HAMID (kanan) bersama Mustaffa pada Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Ke-50.

KUALA LUMPUR: Krisis kepemimpinan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) berlanjutan apabila bekas presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar mendakwa pelantikan Akhramsyah Sanusi sebagai presiden dan jawatankuasa baru pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 31 Julai lalu tidak sah.

Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan mesyuarat 31 Julai lalu tidak mengikut Perlembagaan MAYC selain gagal mematuhi arahan KBS.
“Surat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bertarikh 18 Ogos lalu mengesahkan mesyuarat 31 Julai tidak mematuhi Perlembagaan MAYC dan Akta 668,” katanya ketika temui pada Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan Ke-50 di sini, semalam.
Pada mesyuarat semalam, lebih 300 perwakilan MAYC sebulat suara memilih muka baru, Mustaffa Mat Arof sebagai presiden dan Azman Abdullah selaku timbalan presiden.

Syed Hamid yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, dakwaan wujudnya masalah dalaman sehingga menyebabkan AGM yang sepatutnya diadakan pada 2006 tetapi ditangguhkan sehingga ke hari ini juga tidak benar, sebaliknya ia ditangguhkan disebabkan pindaan kepada Akta Belia.

Beliau berkata, pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkinan tindakan undang-undang diambil Akramsyah dan jawatankuasanya ekoran pemilihan kepimpinan baru, semalam.

“Bukan kita tidak mahu bermesyuarat tetapi biarlah pindaan akta selesai, malah perlu diingat mesyuarat hari ini (semalam) sah dari segi perlembagaan kerana kita dapat arahan KBS,” katanya.
Terdahulu, kira-kira 50 ahli mewakili gabungan MAYC dari Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Perak , Kedah, Johor, Terengganu dan Perlis mengadakan protes secara aman di pekarangan bangunan MAYC kerana tidak berpuas hati dengan mesyuarat yang dikatakan hanya dihadiri perwakilan terpilih.

Akramsyah ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan untuk hadir ke mesyuarat itu yang dirasmikan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed walaupun keputusan panel penyelesaian pertikaian (PPP) belum diputuskan ROY.

“AGM Julai lalu diadakan untuk menyelamatkan MAYC daripada terkubur. Jangan kata AGM kita tidak sah. Adakah sah sekiranya satu-satu pertubuhan tidak bermesyuarat untuk tempoh lima tahun.

“Sepatutnya mesyuarat hanya diadakan jika keputusan PPP menunjukkan AGM 31 Julai lalu tidak sah. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini untuk menyekat jawatankuasa yang baru menyalahguna kuasa,” katanya.

Sementara itu, Mohid berkata kehadiran beliau ke AGM itu sekadar memenuhi jemputan dan keputusan AGM mana yang sah hanya boleh ditentukan ROY.

“Saya tiada kuasa menentukan sah atau tidak kedua-dua mesyuarat,” katanya.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker