Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Ismail Yunus, 65, dipercayai diserang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama anaknya, Mohd Izuan, 31.
“Semua perompak menutup muka dengan kain dan berdasarkan loghat mereka, saya yakin mereka bukan warga tempatan. Bagaimanapun, mereka membantu membalut luka ayah.
“Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Alza milik saya. Saya tidak berani melawan kerana mereka membawa kayu, parang dan batang besi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tama Desa Permai, Pedas di sini, semalam.
Diikat guna selimut
Mohd Izuan berkata, walaupun dia dan ibu tirinya tidak diapa-apakan dalam kejadian itu, tetapi mereka sekeluarga diikat menggunakan selimut sebelum berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan orang ramai.
Mangsa mendakwa kehilangan tiga telefon bimbit, pakaian raya yang dibeli untuk bapanya dan sejumlah wang tunai dalam kejadian itu.
Penjenayah dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap depan rumah yang diumpil dan dipecahkan.
“Ibu dan bapa trauma sehingga tidak sanggup tinggal di rumah itu lagi kerana bimbang kejadian sama berulang. Aidilfitri yang akan berlangsung esok pasti menjadi hambar bagi kami sekeluarga,” katanya yang sepatutnya pulang beraya ke rumah isterinya di Pahang.
