Mutakhir

PRU13: Persatuan bekas tentera sokong calon BN di Beaufort, Sipitang

BEAUFORT: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu berikrar menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang.

Pengerusi PBTM Beaufort, Jeffry Sulingan mengetuai upacara melafaz ikrar sokongan bersama-sama ahli, isteri dan balu perajurit di hadapan calon BN Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis aku janji PBTM di sini semalam.
Calon bagi kerusi Parlimen Sipitang pula ialah Datuk Sapawi Ahmad, selaku penyandang.


Hadir sama pada majlis itu bekas Anggota Parlimen Beaufort merangkap Penasihat Kelab Pro BN Beaufort, Datuk Nurnikman Abdullah, Pengerusi Kelab Pro BN Beaufort, Osin Jilun dan Pengerusi PBTM cawangan Sipitang, Kamis Bair.

Azizah berkata, kerajaan memberi ruang dan peluang kepada PBTM dalam agenda pembangunan bagi memastikan golongan yang berjasa kepada negara tidak terpinggir.

kenang. Pengorbanan mereka amat tinggi nilainya kepada rakyat dan negara.

Justeru itu kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan bekas tentera dan pasukan keselamatan,” katanya sambil menyelar sikap pembangkang yang mendakwa tragedi pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan BN.
Azizah turut menyampaikan sumbangan PBTM kepada balu dan OKU dari kalangan anggota tentera. - BERNAMA

CARIAN

BH LIVE

Twitter

Facebook