Ketua Pasaran Membangun Asia di State Street Global Advisors (SSgA), Anthony Yau, berkata ekonomi Malaysia lebih baik berbanding negara Asia lain dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Yaw berkata, dasar kerajaan yang populis wajar diteruskan bagi mengekalkan permintaan domestik dan seterusnya pertumbuhan KDNK.
Beliau bagaimanapun berkata, ekonomi Malaysia terdedah kepada faktor luaran seperti krisis kewangan zon euro atau penurunan berterusan harga minyak sawit, yang mana kedua-duanya akan memberi impak negatif ke atas permintaan domestik.
Yau berkata, berdasarkan status Malaysia sebagai pengeksport minyak sawit mentah dan minyak sawit, ia terdedah kepada ketidaktentuan pasaran global.
- BERNAMA
