MELAKA TENGAH: Seorang pelatih Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) mengalami kecederaan di kepala dan leher selepas pesawat yang dipandunya terhempas berhampiran Kondominium Cheng Heights di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.57 pagi itu menyebabkan pesawat model Piper 28 yang dipandunya P Devenessrao, 20, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam kira-kira jam 11.15 pagi.
Sejurus kejadian, mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka.