KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 3.0 mula berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka sebentar tadi dengan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melakukan kawalan ketat.

Tinjauan Berita Harian Online mendapati sebahagian peserta perhimpunan cuba merempuh dan merobohkan menghadang besi yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.
Anggota polis dan FRU mengadakan kawalan kira-kira 200 meter dari kawasan berkenaan dan keadaan masih terkawal setakat ini.