Taiping: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menimbangkan pemberian elaun kepada anggota polis bantuan yang memberi khidmat kepada pasukan itu sebagai strategi mengurangkan kadar jenayah.
Melalui pemberian elaun berkenaan juga akan dapat menggalakkan lebih ramai anggota polis bantuan memberi khidmat mereka kepada PDRM dalam menangani trend jenayah yang semakin kompleks.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata persetujuan kerjasama itu dicapai dalam perbincangan pada peringkat pusat bersama agensi polis bantuan berkenaan dengan PDRM awal tahun ini.
“Polis bantuan akan membantu PDRM umpamanya satu minggu mereka memperuntukkan beberapa jam untuk membantu PDRM dan saya sudah mengeluarkan arahan ini kepada Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah untuk menggunakan polis bantuan dan pasukan simpanan sukarelawan polis (PVR).
“Pemberian elaun khas kepada polis bantuan itu boleh dipertimbangkan dan ia akan dibincangkan dengan majikan mereka," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat Daerah Taiping yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Sementara itu, Ismail berkata, PDRM berdepan cabaran baru selepas pemansuhan beberapa akta perundangan lama.




Senarai Komen