Laman Utama » Sarawak
Polis lulus 200 permit ceramah
KUCHING: Polis sudah meluluskan 200 permit untuk parti politik dan calon yang bertanding berkempen tetapi mendapati masih ada ceramah atau perhimpunan dianjurkan secara haram.
Sambil menyifatkan jumlah permit yang dimohon sebagai besar, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh, berkata permohonan diterima seimbang membabitkan Barisan Nasional (BN), pembangkang dan Bebas.
Setakat semalam, beliau berkata, 16 laporan polis diterima membabitkan pelbagai kesalahan peraturan pilihan raya, namun hanya empat disiasat pihak berkuasa itu manakala selebihnya dirujuk agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Daripada empat laporan yang disiasat polis, dua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, manakala masing-masing satu di IPD Kuching serta Miri.