WARSAW: Portugal menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Euro 2012 selepas menumpaskan juara Kumpulan A, Republik Czech 1-0 di Stadium National, Warsaw, awal pagi tadi.

Gol kemenangan dijaringkan ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo pada minit ke-79 selepas menanduk masuk hantaran lintang Joao Moutinho seterusnya menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech.
Naib juara Kumpulan B itu akan beraksi di separuh akhir menentang antara pasukan Sepanyol dan Perancis yang bertemu dalam satu lagi perlawanan suku akhir. Portugal adalah naib juara Euro 2004. - REUTERS