LOME: Presiden Togo mengumumkan Menteri Perdagangan, Kwesi Ahoomey-Zunu sebagai perdana menteri baru bagi menggantikan Gilbert Houngbo yang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan pada 11 Julai lalu.

Rombakan itu dilakukan berikutan bantahan dilancarkan pakatan parti pembangkang dan kumpulan persatuan awam, Let's Save Togo yang menyebabkan ramai ditahan.
"Presiden republik ini memilih Kwesi Ahoomey-Zunu sebagai perdana menteri," kata kenyataan pejabat Presiden, Faure Gnassingbe yang diumumkan menerusi televisyen kebangsaan lewat semalam. - AFP