Kuala Lumpur: Prestasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sepanjang tahun lalu sangat memberangsangkan dengan pencapaian Pendapatan Negara Kasar (GNI) dicatatkan sebanyak RM830 bilion berbanding sasaran RM797 bilion.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany berkata, selain itu pelaburan sektor swasta juga berjaya mencapai RM94 bilion berbanding sasaran RM83 bilion.
“13 September lalu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengumumkan tujuh projek baru bernilai RM5.607 bilion dalam pelaburan Yan dijangka menjana RM2.361 bilion GNI dan 18'522 peluang pekerjaan menjelang 2020.


"Dari sudut daya saing, kerajaan akan berusaha ke anda meningkatkan daya saing negara, ia termasuk mewujudkan Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasakan awal tahun lalu bertujuan mengurangkan semangat anti persaingan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang mahu kerajaan menyatakan apakah pencapaian yang sudah dicapai melalui ETP dalam memastikan rakyat menikmati kestabilan ekonomi dan negara mampu bersaing dalam ekonomi global.