Georgetown: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan, Al-Aqif Zulkifli hilang tiga jari kirinya selepas tersepit pada eskalator di tingkat tiga sebuah pusat beli-belah di sini, jam 9.15 malam kelmarin.

Dia dikatakan sedang bermain dengan abangnya di tepi eskalator sedang bergerak turun itu sebelum terjatuh, manakala ibu bapa mereka berada di kedai berhampiran. Orang ramai yang menyedari kejadian menghentikan eskalator dan menarik keluar jari mangsa.
Anak bongsu daripada lima beradik itu kemudian segera dihantar ke sebuah hospital swasta berdekatan dan kehilangan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis kiri.


Bapanya, Zulkifli Osman, 52, yang sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, tambahan insiden berlaku ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, berterima kasih kepada orang ramai dan polis yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa untuk segera dihantar ke hospital.