Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Kelantan kali ini lebih meriah apabila menerima duit raya berjumlah RM100,000 daripada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Duit raya itu adalah sebahagian daripada insentif Kafa kepada pemain termasuk jurulatih yang menaikkan nama pasukan The Red Warriors selepas menjuarai Liga Super, musim ini.
Habuan ini untuk membolehkan pemain membuat persiapan menjelang musim perayaan ini bersama keluarga masing-masing.
Sebelum ini kita memberi bonus berjumlah lebih RM1 juta kepada semua pemain dan jurulatih yang terbabit dalam Liga Super selepas liga itu berakhir pada Julai lalu, katanya.
Beliau berkata dalam pemberian insentif terbaru itu, setiap pemain dianggarkan menerima RM3,000.
Mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung satu perlawanan ke atas penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar, Annuar berkata, Kafa menerima keputusan itu.
Kami masih ada ramai pemain di barisan serangan yang mampu menggantikan tempat Ghaddar dan sekali gus menjadi kunci kekuatan skuad kita, katanya sambil mempertahankan ketiadaan pemain berkenaan tidak menjejaskan kemampuan pasukan bertemu Terengganu pada perlawanan pertama Piala Malaysia nanti.
Mohammed Ghaddar digantung satu perlawanan oleh Lembaga Disiplin FAM dan dikenakan denda RM2,000 selepas bergaduh dengan pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar pada perlawanan Liga Super 29 Jun lalu.
BERNAMA

Senarai Komen