Dua aksi persahabatan terbaru menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 1-0 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu dan tewas 2-0 kepada Thailand di Bangkok, malam kelmarin.
Ternyata pengendali 56 tahun itu mahu terus bergantung kepada ‘tuah’ saingan dua tahun lalu apabila Malaysia mara ke separuh akhir atas ‘bantuan’ Indonesia yang menewaskan Thailand 2-1 pada aksi terakhir kumpulan.
Terdahulu ketika mengendalikan skuad B-23 negara memenangi emas Sukan SEA 2009, Rajagobal turut diiringi ‘tuah’ apabila hampir tersingkir awal selepas tewas 3-1 kepada Vietnam, mujur gol kemenangan masa kecederaan Ahmad Fakri Saarani membawa kemenangan 2-1 ke atas Thailand untuk mara ke separuh akhir.
Bukti ‘tuah’ tidak mengiringi Malaysia juga ada, apabila negara kandas di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila tewas 5-3 kepada Singapura di tempat lawan dan sekadar seri 1-1 di laman sendiri.
Apa pun, masih ada 16 hari untuk skuad Harimau Malaya mengemaskan diri menjelang aksi sulung Kumpulan B bertemu Singapura, 25 November ini termasuk aksi persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Senarai Komen
pandangan peribadi, apa yg berlaku 2-3 tahun lepas tidak membawa apa2 makna lg. apa yang bagus dahulu, tak semestinya bagus sekarang. itu kerana kita perlu eksperimen dgn benda2 baru. namun dah sampai masanya coach settle dgn barisan terbaik. betul benda baru tak akan bagus first time out, tp hanya akan berkesan bila kita belajar drp kesilapan pertama.
Pertama : pemilihan pemain macam fakri saarani dan thamilarasu, saban kali masuk jer dua pemain tu.
Kedua : Ambil yang muda sahaja.. pemain macam hai o, indera putera atau marzuki sepatutnya kena ada seoarang dua dalam team malaysia
Ketiga : perancang yang baik macam piya kenapa tak pilih?