login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 25 April 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Joran
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Rakan media uji kelong
Oleh Mohd Zaid Yaa'cob

2011/01/22

SUASANA santai di kelong KKPPN, Kampung Sempang, Merlimau, menjanjikan ketenangan dan kepuasan kepada pemancing.
SUASANA santai di kelong KKPPN, Kampung Sempang, Merlimau, menjanjikan ketenangan dan kepuasan kepada pemancing.
KEWUJUDAN sebuah kelong memancing terbaru di Kampung Sempang Pantai, di Merlimau, Melaka, pantas menarik minat kaki pancing untuk mencuba lubuk terbaru itu.

Penulis bersama 20 rakan media di Melaka baru-baru ini berpeluang mencuba nasib di kelong yang dikenali sebagai pelantar memancing Kumpulan Komuniti Pengurusan Perikanan Persatuan Nelayan (KKPPN) yang dibuka secara rasmi November lalu.
Kelong yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandaraya Melaka kini menjadi tarikan terbaru untuk kaki pancing seluruh negara mencuba khazanah laut di situ.
Terletak di berhampiran kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di kampung berkenaan, pelaburan sebanyak RM40,000 untuk membina kelong berkenaan jelas pelaburan bijak kerana sehingga kini, pengusahanya menerima terlalu banyak tempahan untuk memancing di situ.

Penulis ketika diundang pada majlis Memancing Bersama Media baru-baru ini turut teruja apabila mendaratkan pelbagai spesies termasuk pari sepanjang malam.

Meskipun tidak berjaya menawan ikan gred mahal seperti jenahak atau kerapu, namun kepuasan tetap dirasakan oleh semua peserta kerana kelong berkenaan turut menyediakan dapur membakar ikan selain kemudahan bilik solat dan bilik penginapan untuk keluarga kecil.

Program Memancing bersama Media Melaka yang berlangsung pada jam 10 malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad dan Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali.
Penulis sendiri kini lebih yakin untuk memancing di situ kerana daripada perbualan bersama rakan yang lebih berpengalaman, mereka mengesyorkan waktu sesuai memancing di kelong berkenaan ialah ketika air pasang kerana jumlah tangkapan pasti lebih lumayan.

Bagi kaki pancing yang berminat boleh menghubungi pegawai petugas iaitu Mohd Kadir Mohd Yassin di talian 012-9401303 atau Rahmat 012-2052393.

Artikel Lain

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas