Selain tanda penuaan, kesan ketara pada wajah wanita ialah tompok kecil berwarna hitam, selalunya dilihat jelas pada bahagian atas tulang pipi bersebelahan bawah mata.

Dikenali sebagai pigmentasi, ia berlaku disebabkan proses perubahan hormon wanita, selain sering terdedah kepada oleh sinaran ultra ungu (UVA) dan keradangan atau kerengsaan daripada kesan jerawat.
Pakar Kosmetik Antarabangsa, Dr Alain Khaiat, berkata pigmentasi adalah satu mekanisme yang kompleks.

“Kesan tompok hitam itu bukan saja boleh tampak pada wajah mereka yang berusia 35 tahun ke atas tetapi kajian menunjukkan pigmentasi boleh muncul pada bahagian atas pipi seawal usia 16 tahun.

“Bagaimanapun, kebarangkalian pigmentasi akan terus bertambah mengikut peningkatan usia,” katanya, baru-baru ini.

Sukar dipastikan sebab pigmentasi berbentuk tompok hitam dan kecil, Dr Khaiat bagaimanapun berkata, kesan itu boleh menjadi semakin besar pada pipi yang dikenali sebagai melisma.

Kesan melisma itu sekali gus akan menjejaskan kulit terutama masyarakat Asia yang sering terdedah kepada sinaran UV secara terus.
Ditanya sama ada pigmentasi itu boleh dihilangkan, Naib Pengerusi bagi Persatuan Kosmetik ASEAN itu berkata, tidak ada cara proses cepat, berkesan dan selamat untuk meng hilang kan kesan pigmentasi berkenaan sebaliknya ia akan berlaku lagi.

“Rawatan laser antara yang popular dilakukan bagi tujuan menghilangkan kesan pigmentasi itu. Bagaimanapun biasanya ia akan timbul semula dalam masa satu atau dua bulan kemudian dan tetap berlaku lagi.

“Memandangkan kesan itu juga turut berpunca dari sinaran UV, tidak mustahil, ramai wanita Asia gemar menggunakan produk pencerahan kulit dengan kandungan khusus untuk melindungi wajah daripada UV supaya ia dapat melambatkan kesan penuaan,” katanya.

Apabila ada banyak produk kecantikan dikeluarkan mengkhusus teknik pencerahan, ada yang bersikap pandang sebelah mata tanpa mengkaji dan menyelidik perbezaan antara pemutihan, dan pencerahan.

Sungguhpun begitu, keduaduanya itu mendatangkan faedah yang sama cuma terminologi agak berbeza digunakan di negara yang lain.

Contohnya, kulit orang Asia lebih gelap dan mempunyai permintaan tinggi untuk memutihkan kulit mereka, lantaran lebih kerap memilih terminologi pemutihan.

“Selain itu, masyarakat kulit putih pula tidak menggunakan produk pemutihan sebaliknya mereka lebih mementingkan kecerahan kulit yang lebih sekata dengan kesan pencerahan.

Masyarakat Barat mempunyai kulit lebih cerah dan mereka tidak berapa gemar kesan terlalu putih sebaliknya lebih berminat dengan rangkaian produk pencerahan.

Kurang bintik hitam Memahami bahawa wanita Asia ingin tampil dengan kulit wajah cerah berseri, jenama kecantikan Elure dikatakan berupaya membantu pengguna memiliki kulit yang lebih putih dan sekata selain dapat mengurangkan kesan bintik hitam secara beransuransuran.

Dr Khaiat berkata, mengikut analisis terbaru, Elure membawa kesan yang lebih efektif pada kulit gelap kerana lebih banyak melanin untuk dibuangkan.

Elure adalah produk penjagaan kulit pertama yang dikatakan mengandungi bahan aktif, iaitu Melanozyme ™ (Lignin Peroxidase dari kulat Phanerochaete chrysosporium) yang didapati daripada cendawan.

“Cendawan ini dinamakan sebagai Phanerochaete chrysosporum. Ia adalah cendawan kecil yang tumbuh pada pokok mati dan menguraikan lignin daripada pokok itu,” katanya.