login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Remaja maut ditembak polis
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
2010/04/27

Mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda

SHAH ALAM: Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.
Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini.

Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu.

"Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.
Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan.

Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker