Wakil UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, berkata tiga falsafah K.A.T.A.K yang tidak baik dan perlu dihindarkan ialah "Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa; Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang".
Beliau berkta, semua ahli parti berkenaan harus melihat PRU13 dari segenap sudut dan demensi.
"Perhatian harus diberikan pada setiap arah dan inci. Depan dan belakang, atas dan bawah, kanan dan kiri. Bak kata bidalan jangan lagi jadi katak bawah tempurung, gelap dan terkurung.
"Pendirian juga harus tetap, jangan jadi seperti katak yang melompat-lompat jika tidak mendapat tempat. Kalau tak mendengar nasihat dan cakap, mati kataklah jawabnya.
"Oleh kerana kita banyak bercakap pasal katak, saya ingin terjemahkan falsafah K.A.T.A.K untuk renungan kita bersama," katanya.
