header

Rintihan rakyat bukan bebanan: Syed Ibrahim

 SYED Ibrahim  melawat mangsa lumpuh,  Mohd Nazrin Zahaluddin di Kampung Ketam, semalam.
SYED Ibrahim melawat mangsa lumpuh, Mohd Nazrin Zahaluddin di Kampung Ketam, semalam.

TEMERLOH: "Saya suka bekerja dan berfikir untuk selesaikan masalah rakyat, walaupun ia satu cabaran, tetapi dapat memberi kepuasan," kata Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Penasihat Agama Menteri Besar Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu, berkata rintihan rakyat bukan bebanan, malah ia adalah amanah yang perlu dipikul setiap pemimpin.

Dengan nada merendah diri, calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau berusia 44 tahun itu berkata: "Keutamaan saya adalah berkhidmat untuk rakyat, selain berdakwah. Selebihnya, terserah kepada pengundi untuk mengukur keupayaan saya." Sifat dan amalan hidup anak tempatan itu lebih menyerlah apabila berpandangan nasib rakyat hanya dapat dibela menerusi pendidikan kerana ia mampu menaikkan taraf ekonomi diri dan keluarga.

"Pembangunan boleh disampaikan secara berperingkat, tetapi sebelum mencapai ke tahap itu, setiap pemimpin perlu mendengar suara hati rakyat di semua peringkat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa," katanya ditemui ketika melawat Bilik Operasi Media NSTP di Kampung Ketam, Peragap di sini, semalam.

Ditanya apakah rutin harian yang sukar dipenuhi selepas diumumkan sebagai calon, beliau berkata, kesukaran meneruskan kuliah atau ceramah agama khususnya di sekitar Temerloh dan Kuantan.

"Kalau di DUN Kerdau ni, boleh dikatakan semua masjid sudah saya jelajah untuk menyampaikan kuliah atau ceramah agama sejak dulu lagi.
"Ramai jemaah yang bertanya mengenai kuliah, tetapi pada masa sama mereka memberi kata perangsang untuk saya meneruskan perjuangan dalam pilihan raya kecil ini dan tidak kurang juga ada yang mengerjakan solat hajat," katanya.

Berhasrat untuk terus mendidik masyarakat menerusi kuliah dan ceramah agama yang diamalkan sejak di sekolah menengah lagi, beliau berkata ketika ini, amalan berkenaan dilakukan tiga kali seminggu.

Mengenai calon PAS, Hassanuddin Salim, katanya, pertandingan itu tidak seharusnya dianggap pertembungan dengan musuh kerana matlamatnya sama iaitu membela nasib rakyat.

"Sama ada calon BN atau PAS, perlu sama-sama turun padang memberi peluang kepada rakyat memilih calon yang boleh menjadi pemudah cara kepada masyarakat terutama dalam menangani masalah mereka," katanya.


CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menunjukkan isyarat bagus kepada jurufoto media selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di pusat penjumlahan rasmi undi, Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Sairien Nafis
Mar 7, 2011 12:19 am
CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh penyokong selepas diumumkan menang bagi DUN N.28 Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim Zubir
Mar 7, 2011 12:13 am
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika diumumkan memenangi pilihan raya kecil N.28 DUN Kerdau di Pusat Penjumlahan Rasmi Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 7, 2011 12:12 am
CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mengangkat tangan selepas diumumkan menang DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim
Mar 7, 2011 12:08 am
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad disambut ketika meluangkan masa meninjau peti undi di Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:17 pm
KEADAAN lalu lintas di SMK Kerdau semasa hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kerdau. - Foto Ahmad Al-Arfan Malik
Mar 6, 2011 4:12 pm
GELAGAT penyokong Barisan Nasional yang berhimpun di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau untuk meraih undi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:08 pm
PENGANTIN baru, Marni Azlina Deraman, 26, sejurus keluar selepas membuang undi sambil diiringi suami, Mohd Saharul Hisham Hashim, 27, di Pusat Pembuangan Undi, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 23. - Foto Sairien Nafis
Mar 6, 2011 4:06 pm
JENTERA Barisan Nasional menyediakan kemudahan bot untuk pengundi yang tinggal berhampiran Sungai Pahang untuk pergi mengundi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:04 pm
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang tangan ketika berjalan dihadapan peraih undi PAS ketika meninjau peti undi Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:01 pm

DUN Kerdau: Suasana penjumlahan undi dan pengumuman rasmi

Pautan Berkaitan