MELAKA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengetuai senarai 933 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena sambutan hari jadi ke-72, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada hari ini.

Beliau menerima anugerah Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) iaitu darjah tertinggi kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Rosmah satu-satunya penerima anugerah darjah berkenaan pada tahun ini.

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), iaitu darjah kedua tertinggi kerajaan negeri yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira, pula dianugerahkan kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Ab Aziz Kasim.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran ini dijadual disempurnakan Mohd Khalil di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, dekat sini, dalam tiga sesi iaitu pada hari ini dan esok, manakala ketiga akan diumumkan tarikhnya kemudian.

Jumlah penerima pada tahun ini bagaimanapun berkurangan sebanyak 25.24 peratus atau 315 berbanding tahun lalu.
Sementara itu, seramai 32 individu menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala anugerah baru iaitu Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM), membabitkan seramai 59 penerima. Kedua-dua anugerah ini, masing-masing membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DMSM adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman; Adun Kuala Linggi, Ismail Othman; Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Selangor, Abdullah@ Abdul Basir Abdul Ghani; Pengarah Pelajaran Melaka, Isa Abu serta Pengasas dan Presiden Gerakan Belia 4B, Kassim Mat Shah.

Selain itu, Pengarah Urusan Petronas Dagangan Bhd, Mohd Sabarudin Mohamad Amin; Pengurus Besar TM Melaka, Zaini Maatan; Ketua Umno Hulu Langat, Johan Abd Aziz; Penasihat Persatuan Perniagaan Islam, Abd Aziz Tamby Chik; Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Abd Hamid Abu Bakar.

Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Bhd, Yahaya Ahmad; Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof; Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad; Penolong Setiausaha Wanita Umno, Rosni Sohar; Timbalan Ketua Pengarah Perikanan, Suhaili Lee; Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Md Yusof Samsudin dan Pengarang Eksekutif Star, Wong Sai Wan.

Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasim; Pengerusi Solarah Sdn Bhd, Bruce Sho Umemoto; Peguam, Chang Chong Choon; peguam, Jagjit Singh Vasawa Singh; Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu, Jamaludin Mohd Isa; Pegawai Kemajuan Negeri Melaka, Abdul Ghani Salleh; Dr Abdul Rahman Abdul Halim.

Ketua Pegawai Eksekutif Citra Padu Sdn Bhd, Lalla Nezha; Pengarah Eksekutif Benalec Sdn Bhd, Lewa Tua Choon; Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Loo Took Gee; Bendahari Umno Rompin, Mohamed Hambali Abdul Aziz; Pengarah Urusan Cekap Jati Sdn Bhd, Shahabudin Ayob; Pengarah Urusan Oriental Food industries Holdings Bhd, Son Chen Chuan dan Peguam Watson Peters.

Penerima DPSM pula antaranya adalah, Pengarah Urusan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Aminar Rashid Salleh; Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Aminudin Md Hanafiah; Pengarang Kumpulan TV3, Mohd Asraf Abdullah; Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Akmar Hisham Mohd Yusof @ Mokhles; Timbalan Ketua Umno Sekijang, Ayub Rahmat dan Pegawai Menteri Besar Perak, Azhar Ahmad.

Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Pengasih, Mohd Yunus Pathi Mohd; Setiausaha Barisan Nasional Perlis, Mat Rawi Kassim; Timbalan Ketua Umno Kota Kinabalu, Seruji Nawawi; Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia; Mohd Tajudin Md Ningal.

Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, Aziz Ujang; Pengurus Besar Bernama, Hasnul Hassan; Timbalan Ketua Pengarah Risda, Kamarudin Mohamed Shah; Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank, Kamarudin Mohamed Shah; Exco Wanita Umno, Fatimah Hamat, Setiausaha Umno Kelana Jaya, Abdul Halim Samad dan Naib Ketua Umno Gopeng, Abd Mukti Abd Rahman.

Pengerusi Persekutuan Pengakap Malaysia, Abd Kader Md Nor; Pengarah Halfa (Baling) Sdn Bhd, Abdul Halim Harun; Pengerusi Eksekutif Kangat Docomaint Sdn Bhd, Abdul Raof Awang; Pengarah Urusan Straits Auto Logistics sdn Bhd, Adrian Henry D'Silva; Pakar Anesthesiologi, Dr Ahmad Khidir Ghazali.

Bendahari Kehormat Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera, Asnawi Othman; Pengurus Besar Kanan Honda Malaysia Sdn Bhd, Azhar Abd Wahab; Pengerusi Kumpulan The Millennium Group of Companies, Baskaran Govinda Nair; Chia Jok Lian, Gan Hong Su; Profesor Dr Jamaluddin Md Jahi (Universiti Kebangsaan Malaysia); Pengarah Urusan Giga Shipping Sdn Bhd, Kumar Prabakaran.

Naib Presiden Persatuan Karate Malaysia, Lau Puang Long; Ketua MCA Segamat, Dr Lee Hong Tee; Lee Ing Chin, Low Saw Foong; Ketua Pegawai Esksekutif WEon Bank Berhad, Lor Chee Leng; Pengerusi Imax Health Food Sdn Bhd, Max Lee Soo Gee; Timbalan Ketua Umno Kuala Selangor, Mohd Isa Abu Kasim; Timbalan Ketua Umno Tumpat, Mohd Rosdi Ab Aziz; Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi.

Penasihat Pyramid Ekpress Sdn Bhd, Mohd Yusof Alwi; Pengarah Kampus Universiti Multimedia Melaka, Prof Dr Omar Shawkataly; Pakar Ortopedik Dr Peraba Subramaniam; Pengerusi persatuan Malayalee, Rajan Menon; Pakar dermatologi, Dr Roshidah Baba; Timbalan Pengerusi Sekretariat Umno, Rosli Sulaiman.

Pengarah Urusan Digicity Sdn Bhd, Rozman Hussin; Timbalan Ketua Umno Gombak, Said Anuar Said Ahmad; Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dr Salmiah Ahmad; Setiausaha Umno Tangga Batu, Samsudin Mehat; Pengarah Urusaan SPPA Sdn Bhd, Sharifudin Ali; Tan Khian Huat.

Pengarah Urusan Tetangga Arkab Sdn Bhd, Tan Thian Siang; Ketua Pegawai Eksekutif Westar LDV Sdn Bhd, Viswanathan C Sankaran Unni Menon; Pegawai Khas Perdana Menteri, Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Gov Integrated Telecomunnications, Wisan Abdul Ghani; Yee Kong Faat; Ahli Lembaga Yayasan Alor Gajah, Yusra Sabar; Pengarah urusan Iknal Construction And Supply sdn Bhd, Zainal Nasrudin dan Pengarah Kewangan Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd, Zawati Abd Rahman.

Pada tahun ini juga seramai 32 menerima Darjah Seri Melaka; Jaksa Pendamai (47); Bintang Cemerlang Melaka (97), Bintang Khidmat Terpuji (154), Pingat Jasa Kebaktian (250), Pingat Bakti Masyarakat (206); Pingat Khidmat Lama (50).

Wartawan sambilan Berita Harian Melaka, Shukor Kassim menerima Bintang Khidmat Terpuji manakala wartawan sambilan Harian Metro Melaka, Mohamad Yatim Latif menerima Pingat Jasa Kebaktian.