Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata mangsa pertama, seorang kanak-kanak perempuan dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jam 10.55 pagi manakala mangsa kedua, seorang wanita dewasa, dijumpai kira-kira jam 11.10 pagi.
Menurut Mohd Apandi, ketika kejadian, seramai tujuh orang berada di dalam rumah berkenaan namun empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.
Katanya, pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.53 pagi tadi sebelum mengejarkan anggotanya ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.
Operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dihentikan kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - BERNAMA
