SPRM sah 'pegawai palsu'
Kuala Lumpur: Siapa sebenarnya empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal siasat pengadil perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Selasa lalu?

Persoalan itu timbul selepas Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya mengesahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mereka tidak menugaskan mana-mana pegawai bagi memantau perlawanan itu dan melakukan soal siasat.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata beliau sendiri menghubungi seorang pegawai tertinggi SPRM, semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut selepas membaca laporan muka belakang BH Sukan, kelmarin.


Saya baru saja mendapatkan pengesahan daripada Ibu Pejabat SPRM yang mereka tidak menghantar pegawai semasa perlawanan itu. Justeru, pihak SPRM meminta FAM menyerahkan nombor telefon empat pegawai perlawanan (pengadil) bagi membolehkan mereka melakukan siasatan lanjut insiden berkenaan.

Jadi, kita perlu terima lumrah perkara ini berlaku. Mungkin ada pihak tertentu cuba melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu, kata Azuddin ketika dihubungi, semalam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.