SUKIP: Muslifah tembak dua emas Atlit menembak UPM yang muncul juara keseluruhan , memperaga pingat masing-masing, semalam. - Foto Goh Thean Howe
Kuala Lumpur: Penembak negara, Muslifah Zulkifli menghadiahkan dua pingat emas kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lapang Sasar Menembak Subang, semalam.

Dalam acara 10 meter air rifle individu, Muslifah ternyata unggul mengutip 493.2 mata untuk mengatasi seorang lagi penembak elit kebangsaan, Nurfarah Afiqah Mohd Taufekh yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM), ketinggalan 5.5 mata.
Ketepatan bidikan Muslifah juga turut membantu UiTM meraih satu lagi emas acara 10m air rifle berpasukan bersama dua lagi penembak, Nur Farah Afiqah Mohd Noh dan Rosshafira Mohd dengan mengumpul 1,157 mata.


“Keupayaan Nurfarah sebagai penembak negara memberi kelebihan buat UPM meraih emas. Ini satu keputusan baik buat UiTM selepas berjaya mengatasi saingan hebat daripada UPM.

“Selepas ini, saya mahu mahu fokus penuh impian mengejar emas Sukan SEA di Myanmar. Saya juga akan cuba baiki kelemahan layak ke Sukan Olimpik Rio 2016,” katanya yang juga pemenang dua pingat di Sukan SEA 2011.

Pada kejohanan dwi-tahunan itu, Muslifah yang juga pelajar diploma pengajian sains sukan meraih perak dalam acara 10m air rifle individu dan 50m prone air rifle.