Operasi itu yang bermula Rabu lalu, dijalankan di semua kawasan di Lembah Klang dan Selangor termasuk wilayah Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam, menurut Syabas dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya caj yang dikenakan bukan suatu denda atau penalti tetapi caj tersebut adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh Syabas kepada pengguna.
Pengguna SYABAS boleh membuat bayaran di kaunter pejabat Wilayah SYABAS dan agensi-agensi yang dilantik secara sah seperti Bank Simpanan Nasional Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Telekom Malaysia Berhad.
Pengguna SYABAS boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelangan Syabas, PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)dengan menaip PUSPEL
