FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.11 mata kepada 1,622.42. Ia bergerak antara 1,620.95 dan 1,625.04 di sepanjang sesi dagangan pagi.
"Data itu memberi isyarat mengenai permintaan pengguna yang semakin lemah di ekonomi kedua terbesar dunia itu, yang meningkatkan kebimbangan mengenai kedudukan ekonomi dunia yang semakin lemah," kata seorang peniaga.
Indeks Kewangan menambah 28.37 mata kepada 14,536.97, Indeks Perladangan melonjak 62.689 mata kepada 8,799.93 dan Indeks Perusahaan menokok 2.47 mata kepada 2,859.53.
Indeks FBM Emas menokok 20.03 mata kepada 11,110.94, Indeks FBM Ace menambah 27.44 mata kepada 4,414.69 dan Indeks FBM 70 meningkat 46.439 mata kepada 12,268.77.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 325 berbanding 313 manakala 316 kaunter tidak berubah, 617 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 567.246 juta saham bernilai RM552.832 juta.
Mengenai kaunter aktif, Metronic Global dan Luster Industries masing-masing susut setengah sen kepada lapan sen dan 9.5 sen, dan Ariantec Global susut satu sen kepada 8.5 sen manakala AT Systemization kekal pada 22 sen.
Bagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank menokok empat sen kepada RM8.74, Sime Darby turun satu sen kepada RM9.92, CIMB untung tiga sen kepada RM7.77 dan Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM6.53. - BERNAMA
